Tuesday, June 11, 2013

MUZIUM ANEH & PELIK DI DUNIA

Antara 10 muzium aneh dan pelik ialah:
1)  Muzium Kasut Bata, Toronto, Kanada.
Wah seronoknya kalau dapat ke muzium kasut ni. Boleh tengok pelbagai jenis kasut  yang unik dan menarik dari sejarah kasut selama lebih 4,500 tahun. Koleksi lebih daripada 10,000 jenis kasut. Terdapat kasut istiadat aladeros Peru dari abad ke 15, terompah kayu chestnut Perancis dari abad ke-19, selipar purba Mesir dan kasut selebriti abad ke 20.
2) Muzium Pembentung Paris, Perancis.
Muzium pembentung pun ada? Ramai orang kenal Louvre dan Menara Eiffel di Paris tapi jangan lupa ke Muzium Pembentung Paris. Dibuka pada tahun 1867, mempamirkan terowong pembentung yang mengalir di bawah bandaraya Paris. Anda akan mendapat first-hand knowledge tentang sejarah dan sistem pembentungan di Paris.
3) Muzium Sihir, Cornwall, England
Dibuka pada tahun 1951 oleh Cecil Williamson, ia mempunyai koleksi sihir dan silap mata terbesar di dunia. Pelawat ditunjukkan amalan dan sejarah ilmu sihir, artifak seperti witch altar dan pedang ahli silap mata. Dalam muzium ini juga terdapat sebuah perpustakaan dengan lebih daripada 3,000 buah buku berkenaan sihir.
4) Muzium Mesin Pemotong Rumput British, Merseyside, England
Muzium ini adalah satu penghormatan kepada mesin pemotong rumput pertama dicipta pada tahun 1830 oleh Edwin Beard Budding. Terdapat mesin pemotong rumput terpantas, mesin pemotong rumput milik orang  kaya dan terkenal dan beberapa mesin pemotong rumput yang paling mahal di dunia. Terdapat lebih dari 250 mesin pemotong rumput di sini.
5) Muzium  Tempat Duduk Tandas, Alamo Heights, Texas, USA.
Barney Smith, seorang pesara tukang paip, telah berkecimpung dalam seni tempat duduk tandas seni selama lebih 30 tahun. Terdapat lebih daripada 1,000 buah tempat duduk tandas yang telah dihias di muzium ini (garaj Smith).  Pelancong harus menelefon dahulu jika ingin ke sana kerana beliau mengendalikan sendiri muzium ini.
6) Muzium Ramen Segera, Osaka, Jepun
Muzium yang ditujukan khusus untuk pencipta mee ramen cawan segera, Momofuko Ando. Muzium ini mempamerkan banyak perisa ramen yang dibuat sepanjang tahun dan terdapat pondok di mana mee ramen mula-mula dihasilkan. Pelawat juga boleh memasak mee sendiri kerana disediakan kemudahan dapur dan juga ada kilang mee ramen di mana pelawat boleh membuat mee ramen cawan segera sendiri.
7) Muzium Salt & Pepper Shaker, Gatlinburg, Tennessee, USA
Terdapat lebih dari 20,000 set salt & pepper shaker dari seluruh dunia bermula dari tahun 1500an, iamemaparkan koleksi terbesar pepper mill di dunia!. Andrea, seorang membuka muzium ini kerana terpesona dengan sejarah di sebalik salt & pepper shaker.
8) Muzium Pensil Cumberland, Keswick, England
Muzium Pensel Cumberland memaparkan sejarah pensil. Terdapat juga sebatang pensil  yang terbesar di dunia berukuran 7.9m dan seberat 446kg.
9) Muzium Spam, Austin, Minnesota, USA
Muzium seluas 1486 meter persegi didedikasikan untuk Spam (spiced ham), rumah untuk daging misteri. Ia mempunyai dinding Spam, pameran interaktif, video, dan pameran sejarah jenama Spam dari Syarikat Makanan Hormel. Pelawat akan diajar cara daging ini dihasilkan. Terdapat kedai cenderamata Spam dan boleh makan masakan Spam di ruang makan. Perkataan spam ini telah digunakan untuk mesej elektronik seperti email dan sms.
10) Muzium Kucing, Sarawak, Malaysia.
Muzium ini juga merupakan pusat penyelidikan dan maklumat yang menumpukan kepada kepercayaan, sejarah dan budaya berkenaan kucing. Terdapat 2,000 jenis artifak dan patung kucing dari seluruh dunia, termasuk kucing Mesir mumia dan barangan Hello Kitty.
Facebook

Sunday, May 12, 2013

selamat hari ibu...MA..

aku copy paste aku punya status fb harini....1st time tulis pnjng cenggini....

hari-hari hari ibu..tp hari ini hari tulis ucapan...wajib menyayanginya..
.
dia yang menyayangi kita setiap saat. .dia yang merasakan kesakitan melahirkan kita. .dia yang sanggup bersusah payah untuk kita. .dia yang paling banyak bersabar dgn perangai kita. .dia yang ada ketika kita dalam kesusahan. .dia yang tidak pernah putus2 mendoakan kita. .dia yang sanggup menerima kita seadanya. .dia yang sanggup mendengar segala masalah kita. .dia yang ada ketika kita dalam kesusahan. .
ma..rindu..terima kasih atas segalanya..terima kasih sebab banyak bersabar..terima kasih kerana melahirkan...terima kasih kerana mengasuh..terima kasih untuk susu yang diberikan..terima kasih kerana tidak pernah jijik dgn najis2 kami..terima kasih untuk didikan ilmu agama..terima kasih untuk solat yang diajar..terima kasih sbb x pernah merungut..terima kasih sbb sentiasa ada ketika kami ada masalah..terima kasih sbb selalu backup kami...terima kasih sbb sanggup tidak makan,tidak tidur dan berjaga untuk kami...terima kasih atas belaian kasihmu..terima kasih untuk SABAR,SABAR dan SABAR dengan kami..terima kasih kerana menjaga air matamu untuk syurga kami..terima kasih kerana selalu menemani kami..terima kasih untuk perjuanganmu terhadap kami..terima kasih atas segalanya..
.
ma..rindu..minta maaf atas segalanya..minta maaf andai ada mengguris hati...minta maaf andai membelakangimu..minta maaf kiranya kami tidak menghiburkanmu..minta maaf jika kami lalai dlm mengingatimu...minta maaf jika perbuatan kami menyebabkanmu mendpt dosa..minta maaf jika kami terkasar bahasa..minta maaf andai kami tidak cukup amal ibadat..minta maaf jika kami membuat kamu letih dan mengah dgn kami..minta maaf andai sering protes keputusanmu..minta maaf jika tidak menolong mu..minta maaf banyak2..kami manusia biasa yang tidak sempurna..
.
ma..rindu..in sha Allah..kami tidak melupakanmu..in sha Allah kami mementingkanmu lebih dari segalanya..in sha Allah dalam doa kami ada namamu..in sha Allah kami tidak lalai..in sha Allah kami jauhi perkara2 yg boleh menambahkan dosamu..in sha Allah kami menjagamu sebaik kamu menjaga kami dari mula2 kami bertapak dalam rahimmu..in sha Allah..kasih sayang kami padamu tidak akan luntur..IN SHA ALLAH..
.
ma..kami bangga jadi anak ma..walaupun kita tidak la sehebat org lain dan tidak lh dlm golongn berada..tp kami bangga sbb kami mampu mmbsar dgn sempurna..kami tidak meminta kebendaan..kami yakin kami cukup kasih sayang dpd 2 2 ibubapa..dgn kasih sayangmu,kami tahu membezakan yang baik dan yang buruk..Alhamdulillah..kami tidak terjebak dgn bnda2 yg tidak baik..
.
terima kasih Allah kerana mengurniakan ma yg hebat seperti WAN ROHANI BT WAN SALLEH ini..
.
ALLAHUMAGHFIRLIZUNUBIWALIWALIDAYYAWARHAMHUMAKAMARABBAYANISAGHIGHA..AMINN..
Facebook

kuatkan insan yg x bersalah ini..

ya ALLAH bantulah hambamu ini...aku sedih...pasrah...redha...org yg aku anggap mcm parents aku sendri terasa hati dgn aku...aku menangis x henti2...dan aku pn mmbawa dri....sobssobs....maafkan saya,saya xde niat buat mcm tu....salah sy ke mcm tu....sy pn terasa jg...so..sy tkt bnda ni berulang,sy decide utk berundur diri...boleh dilupakan tp x spt dulu dh....k....i love u forever and ever....:')
Facebook