Thursday, June 20, 2013

birthday

alkisah....nak update tp xingat2 tambah pulak busy dgn minggu akhir kuliah...so...lets decide here.....6 jun yg lalu abang long aku selamat jadi laki orang...sedih dirasai sbb dia lah the most best abg long...sgt brtnggjwb...nnti dia dh x dpt layan kmi mcm dlu...dh ada isteri kn....so...8 jun pulak kenduri kesyukuran sempena abg aku lah...hmm..kan....eh..tapiiiiiiiiii...8 jun juga birthday aku...horeyyy dpt hdiiah jg dpd podiq shayam..dia bw 2 hdiah masa mjlis...1 utk abg aku,1 utk aku...haaa...awesome kan...hewhew....so...aku blik ke kedah blik 9 jun..hri ahad....alomst have a fever...mlm tu...elehh...depa ni nk bt srprise tp hampehhh...x jadi langsung...hekhek...so...aku dapat blackberry  blueberry cheesecake...nyumm...nyumm..best gilerr...then kaknor pn dpt cake..anniversary yg ke 5 dpd pakcik..so...kmi celebrate majlis kmi sama2...meksu pn tiba2 dtg then dia ambik cheese tu tampal muka aku,bermula sesi perang cheesecake..haishh..sampai ke lani pn bau dia melekat kt tudung..yekk...haha..so....2 kek brjaya hbis dlm 2 hri dgn bantuan rakan sekelas...itu saja.....

harini kmi brjaya hbskan smua kelas utk semester 3 ni...so...ready for final exam..lets have a mentally war...wish me luck my friends....doakan jg kwn2 sy especially kaknor...:D
Facebook

Tuesday, June 11, 2013

MUZIUM ANEH & PELIK DI DUNIA

Antara 10 muzium aneh dan pelik ialah:
1)  Muzium Kasut Bata, Toronto, Kanada.
Wah seronoknya kalau dapat ke muzium kasut ni. Boleh tengok pelbagai jenis kasut  yang unik dan menarik dari sejarah kasut selama lebih 4,500 tahun. Koleksi lebih daripada 10,000 jenis kasut. Terdapat kasut istiadat aladeros Peru dari abad ke 15, terompah kayu chestnut Perancis dari abad ke-19, selipar purba Mesir dan kasut selebriti abad ke 20.
2) Muzium Pembentung Paris, Perancis.
Muzium pembentung pun ada? Ramai orang kenal Louvre dan Menara Eiffel di Paris tapi jangan lupa ke Muzium Pembentung Paris. Dibuka pada tahun 1867, mempamirkan terowong pembentung yang mengalir di bawah bandaraya Paris. Anda akan mendapat first-hand knowledge tentang sejarah dan sistem pembentungan di Paris.
3) Muzium Sihir, Cornwall, England
Dibuka pada tahun 1951 oleh Cecil Williamson, ia mempunyai koleksi sihir dan silap mata terbesar di dunia. Pelawat ditunjukkan amalan dan sejarah ilmu sihir, artifak seperti witch altar dan pedang ahli silap mata. Dalam muzium ini juga terdapat sebuah perpustakaan dengan lebih daripada 3,000 buah buku berkenaan sihir.
4) Muzium Mesin Pemotong Rumput British, Merseyside, England
Muzium ini adalah satu penghormatan kepada mesin pemotong rumput pertama dicipta pada tahun 1830 oleh Edwin Beard Budding. Terdapat mesin pemotong rumput terpantas, mesin pemotong rumput milik orang  kaya dan terkenal dan beberapa mesin pemotong rumput yang paling mahal di dunia. Terdapat lebih dari 250 mesin pemotong rumput di sini.
5) Muzium  Tempat Duduk Tandas, Alamo Heights, Texas, USA.
Barney Smith, seorang pesara tukang paip, telah berkecimpung dalam seni tempat duduk tandas seni selama lebih 30 tahun. Terdapat lebih daripada 1,000 buah tempat duduk tandas yang telah dihias di muzium ini (garaj Smith).  Pelancong harus menelefon dahulu jika ingin ke sana kerana beliau mengendalikan sendiri muzium ini.
6) Muzium Ramen Segera, Osaka, Jepun
Muzium yang ditujukan khusus untuk pencipta mee ramen cawan segera, Momofuko Ando. Muzium ini mempamerkan banyak perisa ramen yang dibuat sepanjang tahun dan terdapat pondok di mana mee ramen mula-mula dihasilkan. Pelawat juga boleh memasak mee sendiri kerana disediakan kemudahan dapur dan juga ada kilang mee ramen di mana pelawat boleh membuat mee ramen cawan segera sendiri.
7) Muzium Salt & Pepper Shaker, Gatlinburg, Tennessee, USA
Terdapat lebih dari 20,000 set salt & pepper shaker dari seluruh dunia bermula dari tahun 1500an, iamemaparkan koleksi terbesar pepper mill di dunia!. Andrea, seorang membuka muzium ini kerana terpesona dengan sejarah di sebalik salt & pepper shaker.
8) Muzium Pensil Cumberland, Keswick, England
Muzium Pensel Cumberland memaparkan sejarah pensil. Terdapat juga sebatang pensil  yang terbesar di dunia berukuran 7.9m dan seberat 446kg.
9) Muzium Spam, Austin, Minnesota, USA
Muzium seluas 1486 meter persegi didedikasikan untuk Spam (spiced ham), rumah untuk daging misteri. Ia mempunyai dinding Spam, pameran interaktif, video, dan pameran sejarah jenama Spam dari Syarikat Makanan Hormel. Pelawat akan diajar cara daging ini dihasilkan. Terdapat kedai cenderamata Spam dan boleh makan masakan Spam di ruang makan. Perkataan spam ini telah digunakan untuk mesej elektronik seperti email dan sms.
10) Muzium Kucing, Sarawak, Malaysia.
Muzium ini juga merupakan pusat penyelidikan dan maklumat yang menumpukan kepada kepercayaan, sejarah dan budaya berkenaan kucing. Terdapat 2,000 jenis artifak dan patung kucing dari seluruh dunia, termasuk kucing Mesir mumia dan barangan Hello Kitty.
Facebook