Monday, December 31, 2012

Beberapa minit sebelum thn baru 2013…..entry terakhir 2012…

Sebelum tu..nk crta trip p trganu haritu…dgn parent instant….yeahhhh….kaknor and pakcik…kaknor tu classmateku dan husband dia yg ku pnggil pakcik ialah salah seorang lecturer yg hot kt uitm kedah….diorang berdua ni mmg baik gilerr…aq salute lh kt depa ni…wlaupun depa blum ada rezeki utk mnimang cahaya mata tp depa mmg baik dan layan kmi mcm anak2 sndri…pakcik ni prangai jnis giler2 sikit…dan kaknor ni jnis lmbut je…aq syg diorang ber2 sgt3….diorng xprnah berkira dan diorng xpernah sombong…sangat…pakcik ni aq rasa smua stdent suka blajaq dgn dia…cara dia slalu buat org ketawa dan bhgia je…untung kaknor dpt husbnd mcm pakcik…kaknor ni pulak sgt baik dan sopan…lemah lembut…dia best…lyn kmi sgt3 baik…dia pndai memasak…siap ada blog cooking lg…dia pn xbrkira…syokkk brkwn dgn depa ni…spnjng kmi p tganu kmi happy je dgn depa….and…u know what…pakcik ckp dia anggap kmi mcm ank2 dia…kaknor pn ckp dia mcm mak kmi dh….haha…suka aq dpt kwn mcm ni….
So….hri ni…aq dn pakcik plan buat surprise kt kaknor smpena anniversary diorng…snggup meredah hujan brsama bff ku si gigibesi…prig cri hdiah smua…pastu kmi clbrate kt secret recipe…wlaupun surprise xbrape mnjadi…tp..suka hati kmi sbb dpt buat org happy…..kaknor senyum je memanjang…maaf kaknor sbb tipu kaknor smata2 nk buat surprise….kami hanya nk tgk kaknor senyum sbb nmpak stress je dk stdy utk final ni….so…happy 4th anniversary to both of u…I love u both….korang sgt awesome…kmi doakan korang dpt baby cpt2….tp nnti sape nk layan kmi lg (jelez)….xpe2..kmi nk adik cpt2 tau…:)
…….azam tahun 2012….tercapai? em…xbrape trcapai..pointer xspt yg di aim kn.,…tp rezeki Alhamdulillah best….sgt murah rezeki ini thn…..terima kasih YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH…ALHAMDULILLAH……hope 2013 boleh memberi makin bnyk rezeki…dlm pelajaran terutamanya…dan juga harap hidup happy tanpa rasa dengki/cemburu kt org lain dan xde org yg rasa mcm tu kt aq jugak….hope so….2013..please be nice to me…:)
Facebook

Friday, December 21, 2012

20122012 last day...

bnyk nk crita ni..............baca tau..........
dh brapa bulan xtau aq tnggalkan blog ni...sesat...bkn lupa terus tp kesibukan dan juga line wifi yg xmenentu mmbuatkan aq rasa geram marah kat line wifi dan tidaklah sempat mngupdate blog dr masa ke smasa....so...pristiwa apa yg blaku slma ke'absent'an aq slama beberapa bulan ini...??first skali aq nk bgtau lh pasal beberapa tournament futsal yg team aq p...training seminggu sebelum p tu mmg best...makanan dia..mak oiii..dasyattt...aq suka sgt dgn mkanan2 dia...hehe...brbaloi jg aq p utk makan sbb ada kelas x boleh skip kelas....masa centre training tu kmi dtmpatkn d 1 kolej je..kolej murni...aq duk sebilik dgn kak awe...lpastu abel lemon pn tumpang blik aq gak...abel nk brmnja dgn aq lettew...haha...dlm futsal ni,tempat bg aq nk release tension,nk hepi2 smua...tmbah2 mereka smua ni sgt mcm adik bradik...ssh sng brsama...aq knal dorang bru je 2 thn tp sgt rapat,lbh rapat dpd kwn2 yg knal lama...aq uska hidup mcm tu...enjoy je,ada masalah share..lpastu bncang masing2...smua tlg.......
alkisahnya,kmi pg tournament futsal utk karisma....main kt triways,pdg jawa nun.....kmi kna stay kt pncak perdana...d situlh pnginapan kmi...honestly,uitm segamat lg best tmpt pnginapan dia.....p.p pn best tp xlarat nk pnjat tngga dan air slow.....so...kmi brkmpung di situ seminggu....first game lwn n9...kmi mng 5-1...2nd lwn phg..kmi kalah tipis....3rd lwn sabah....kmi mng 2-0...quarter lwn trngganu..kmi mng brapa entah...xingt....sparuh akhir lwn shah alam....kna blasah...hadoii...dan kmi dpt gangsa saje....n guess who's the winner...?? SABAH....see.....kmi dh twaskn diorang tp rezeki diorng kn...congratz sabah..sabah mmg ohsommm...main laju gilerrr......so...masa mlm sblum blik ke kedah...kmi friendly dgn senior2 lama...syokkkk...hehe...kmi kn 1 family.....kmi pn msuk tv tau...rtm dan tv3...bkn bnyk sgt pn...msuk sipi2 je...time opening dgn acara pnympaian hdiah.....dpt medal gangsa...yeayyy.....proud to be one of them wlaupn aq xbrapa power......hope dpt jd futsaller smpai bebila...hehe......
20122012...maka tamatlah sudah kelas2,asignment2,presentation2,test2,quiz2, dan seangkatan dgnnya utk semester ini...now...tnggu nk berperang dlm final exam yg bakal brmula awal januari ini pulak...takut??tipulah kalau aq kata x.....aq pn brharap dpt buat yg better dpd last sem...td ada la sikit jamuan kecik2 dan sesi brgambr..prkara biasa stiap sem..so..tht's it...mengantuk dh hoi...nites olls....:)

Facebook

a few weeks ago....

pd 121212...aq tlh mnyertai prtndingan cerpen pringkat uitm kedah.....smpena kempen mmbaca...dan aq dpt 3rd place....lawak kn..aq saja je main hntr...tgk2 dpt....pdahal biasa je....asalkan ikut tema....tema dia martabatkan bahasa...so....aq bgla korang bc cerpen buatan sndri..idea asala oleh aq...dibntu rumet aq......nahhh...kalau rajin sgt..bclah...aq copy dlm folder aq buat..xlarat aih nk taip balik dlm ni..
................................................................................................................................

‘Indahnya Bahasa Melayu’

‘’Anak  muda berjiwa merdeka, muda-mudi nan bergelora,perjuangan harus disepakati bukan hanya digalas seorang atau sekerat pencinta bangsa sahaja. Bangkitlah martabatkan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu telah lama bertapak,sejak zaman Kesultanan Melayu lagi, menjadi alat perhubungan dan pengucapan harian yang bermakna. Buku Aud en Nieuw II Del Vcatitan Francois Valentyn telah membuktikan bahawa pada akhir abad ke-17 dan abad ke-18, bahasa Melayu adalah bahasa yang paling bermartabat di seluruh kota pelabuhan di kepulauan Melayu. Seseorang itu dianggap sebagai tidak memahami apa-apa jika tidak mengetahui bahasa Melayu.
Malah, bahasa Melayu telah mendapat perhatian luar biasa seawal tahun 1522.Pelayar-pelayar pada zaman itu, telah berjaya menguasai bahasa yang indah ini, antaranya ialah pelayar berbangsa Itali, Antonio Pigafetta dan sahabatnya dari Barat, Ferdinand Magellan.Sejak zaman Srivijaya lagi, kedaulatan bahasa Melayu diangkat sebaris dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Keutuhannya tidak digugat sama sekali. Pendeta Cina, I-Tsing merakamkan, pada abad ketujuh, bahasa Melayu pernah digunakan dalam kuliah agama Buddha di beberapa pusat pengajian di Srivijaya.
Martabatkanlah bahasa yang indah ini untuk kegunaan generasi akan datang. Selagi langit tidak runtuh, selagi itulah bahasa Melayu tidak boleh hilang di dunia ini. Hang Tuah pernah berhujah, ‘takkan Melayu hilang di dunia,’ begitulah jua kita harus menjulang bahasa Melayu. Ayuh bersatu hati,berpakat sesama sendiri, usah mengira bangsa dan agama. Tanamkanlah di hati anda,cintai bahasa Melayu.’’
Abdullah Lim  menghabiskan hujahnya, lantas menuju ke tempat duduk diiringi tepukan dan sorakan daripada ribuan pencinta bahasa Melayu yang memenuhi Auditorium Seri Angkasa pada hari bersejarah itu. Laungan beberapa orang pemuda yang melaungkan cogan kata ‘Bahasa Melayu,Jiwa Bangsa’ membuatkan fikiran Abdullah Lim  menerawang ke kenangan lalu.
“Ayuh Sepet! Kau harus lakukan sesuatu yang lebih bermakna.Aku bawakan surat khabar Utusan Malaya ini untuk kita baca” laung Zainab dari kejauhan.“Ayuh, lekas.Tinggalkan segala buluh dan ikan-ikan kau disitu.Kita harus segera. Langit makin senja”
Lim Tat merengus dan segera berlari anak ke arah Zainab.“Apa kau bising. Aku mahu mengail lah! Tak boleh tengok aku senang. Huh” Slanga Melayu Cina Lim Tat membuatkan Zainab tersenyum.
Perkenalan mereka di bilik darjah Sekolah Rendah Ulu Tembeling membuatkan hubungan mereka lebih rapat meskipun jurang bahasa terbina kerana masing-masing berlainan bangsa dan budaya.Pada mulanya, Lim Tat seperti katak bawah tempurung kerana tidak bergaul dengan rakan sekelasnya.Zainab yang tidak malu itulah yang mula menegurnya, lalu sekarang mereka bergaul rapat.
“Kau yang  suruh aku ke sini membawa akhbar. Kau dah lupa? Memang dasar otak udang! Penat aku berlari ke sini tau.”Zainab pura-pura merajuk.Baginya, Lim Tat itu perlu diberi pengajaran.Susah payahnya ke situ perlu diberi penghargaan.
Lim Tat menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Mukanya nampak celaru. “Maaflah Nab, aku lupa!” Lantas dia tertawa kuat.“Kenapa kau buat muka seperti itu Nab? Buruklah! Macam ayam berak kapur, haha”.
Rajuk Zainab makin kuat.“Teruklah kau Sepet.Kau tidak berterima kasih langsung sebaliknya kau mengata aku pula.Sudahlah. Malas aku mahu melayan kau lagi.” Zainab melangkah mahu pulang.Namun, Lim Tat menghalangnya. Dia mengambil akhbar di tangan Zainab seraya berkata, “Ayuh, ajarkan aku cara mengeja perkataan ini” sambil dirinya menunjuk ke arah tajuk akhbar berkenaan.
Petang itu, Lim Tat belajar mengeja tulisan rumi.Sejak dia bertukar ke sekolah Melayu, dia mengalami masalah dalam pembelajaran.Dia harus membaca tulisan jawi.Susah bagi Lim Tat untuk menyesuaikan diri, namun akhirnya, dia berjaya menguasai pembacaan tulisan jawi. Guru pendidikan agama disekolah itu juga terpegun melihat kesungguhan Lim Tat,seorang anak Cina yang berjaya menguasai kemahiran itu dalam masa singkat. Kebolehan Lim Tat yang istimewa itu membuatkan teman-teman dan guru-guru amat menyenanginya.
Begitulah setiap petang. Mereka berdua berteduh di bawah pohon manggis di depan dusun Wak Seman untuk belajar bersama-sama. Zainab banyak membantu Lim Tat memahami satu persatu perkataan bahasa Melayu.Dari pelat sebut huruf R sampailah dia berjaya menyebut dan mengeja perkataan dalam bahasa Melayu dengan cekap.Malah, tatabahasanya juga makin meningkat.Lebih hebat daripada anak-anak Melayu yang sebaya.
Lim Tat seorang pemuda berbangsa Cina berkulit sawo matang,persis anak Melayu. Sejak kematian ibu dan bapanya, hidupnya sebatang kara.Menumpang hidup dengan kawan baik mendiang ayahnya,Ah Seng yang tidak pernah berkahwin. Ah Seng yang hanya bekerja sebagai penoreh getah, telah menganggap Lim Tat seperti anak sendiri, membuatkan kerinduan kasih sayang Lim Tat terhadap mendiang bapanya,sedikit terubat.Bahkan, Lim Tat diajar memanggilnya dengan gelaran ‘apak’.
‘’Sepet, petang nanti jom ikut aku.’’Zainab bersuara tatkala tanggannya masih sibuk menjolok rambutan yang meranum masak di laman rumah.
‘’ Nak ke mana?’’Lim Tat hairan dengan ajakan Zainab yang tiba-tiba sahaja.
‘’Ala,ikut jelah. Teman ayah aku ke pekan.Aku ingat nak beli buku lah sikit, nak tak?’’
‘’ Boleh, tapi aku kena minta kebenaran dengan apak aku dulu.’’
‘’ Ok. Petang nanti aku dengan ayah aku singgah rumah kau ye, lepas tu kita terus pergi.’’
‘’ Baiklah.’’
Petang itu mereka berdua masuk ke satu-satunya kedai buku di pekan itu.Mata Lim Tat tertumpu pada sebuah cerpen karya Aminuddin Mamat penulis yang diminatinya yang bertajuk ‘Bahasa Melayu untuk Semua Bangsa’.Lama dia membelek,riak mukanya jelas menunjukkan bahawa dia sangat terpikat dengan buku itu.Harga buku itu membuatkan dia hanya mampu membelek di dalam kedai sahaja.Duit poketnya juga masih tidak mencukupi untuk dia mendapatkan buku itu.
Malam itu, Lim Tat tidak dapat tidur dengan tenang.Fikirannya masih teringat buku yang menggugat keinginannya itu.Kata-kata dan susunan ayat dalam buku itu begitu mempesonakannya.Dia begitu teruja dengan penggunaan bahasa yang diolah penulis.Membuatkan dia tersedar yang bahasa Melayu adalah bahasa yang cukup indah.Lim Tat berangan-angan berjumpa dengan penulis pujaannya dan ingin menjadi seperti penulis itu.Dia terlena dalam angannya itu.
Lim Tat seorang yang sangat berusaha memahami bahasa Melayu.Di setiap sudut biliknya, ditampal dengan cebisan-cebisan akhbar Utusan Malaya pemberian Zainab. Setiap kali sebelum tidur, dia akan membaca balik setiap tulisan bahasa Melayu yang ditampalnya itu.
Walaupun dia dilahirkan berbangsa Cina, itu tidak menghalangnya untuk belajar bahasa Melayu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, Lim Tat juga menjadi mata pena kepada ‘apaknya’ kerana Ah Seng ialah seorang yang buta huruf.
Kerana kesempitan hidup, Lim Tat hanya berjaya mendapatkan sumber-sumber pembelajaran bahasa Melayu daripada ihsan kawan karibnya Zainab.Zainab lah yang selalu membelikannya akhbar dan memberinya buku-buku yang tidak diguna pakai lagi.Namun, Lim Tat seorang yang mudah belajar dan rajin mengulangkaji.Dia cekap memahami dan menghafal.dia sangat pandai dan pembelajaran dia juga selalu cemerlang.
Lim Tat juga tidak pernah meninggalkan buku-buku tulisannya. Kemana saja dia pergi, buku itu ibarat teman hidupnya. Baginya, sehari tidak membaca, tidak lengkap hidup ini. Kesungguhannya juga turut dibantu teman baiknya, Zainab, anak seorang pekedai runcit, pakcik Hassan.  Zainab juga berkongsi minat membaca yang sama membuatkan mereka lebih banyak benda yang ingin dibualkan tatkala berjumpa.
Seperti kebiasaannya, Zainab membawa akhbar Utusan Malaya kepada Lim Tat.Tetapi kali ini dengan sedikit kegembiraan terpancar di wajahnya.Dia berlari anak mendapatkan Lim Tat yang sibuk meraut buluh untuk dibuat wau.
‘’Sepet, aku nak kau masuk pertandingan ni.’’ Tunjuk Zainab bersungguh-sungguh pada satu ruangan di dada akhbar itu.
Lim Tat lantas meletakkan buluh-buluh itu dan membaca sambil meneliti setiap ayat-ayat dalam ruangan itu.
‘’Ish.Tak nak lah.Aku tak pandai lah’’ balas Lim Tat selepas habis membaca.
‘’ Aku tahu kau boleh dan mampu. Tak salah mencuba kan. Kalau kau tak nak masuk, aku tak nak kawan dengan kau dah.’’Jawab Zainab dengan nada merajuk dan mencebikkan bibirnya.
Memikirkan tentang kawannya yang suka merajuk itu.Dalam keterpaksaan Lim Tat menyetujui. ‘’ Baiklah, aku akan masuk tapi janji dengan aku jangan buat muka macam tu lagi dah. Dah macam itik aku tengok’’
‘’ Yeayyy. Ok. Aku janji.Kalau kau menang, aku bagi kau hadiah istimewa ye.’’
Maka, Lim Tat pun menyertai pertandingan menulis cerpen anak muda bahasa Melayu anjuran akhbar tempatan itu.
Lim Tat menjadikan pengetahuan yang dia miliki melalui pembacaan akhbar sebagai rujukan utama. Selain itu, dia banyak juga bertanya pendapat Zainab. Lim Tat berkarya perihal keindahan bahasa Melayu. Cintanya pada bahasa Melayu diluahkan di atas kertas itu. Tiga hari berkarya, Lim Tat berjaya menyiapkan sebuah cerpen yang bertajuk ‘Indahnya Bahasa Melayu’.
Dua minggu berlalu.Keputusan pertandingan telah diumumkan di dalam dada akhbar.Zainab yang pagi-pagi lagi keluar membeli akhbar berteriak keriangan selepas membaca nama-nama pemenang.
‘’Woi, Sepet.Tahniah.Kan aku dah kata, kau boleh.Hebatlah kau.Nah, hadiah seperti yang dijanjikan.’’Ucapan tahniah daripada Zainab dalam kegembiraan yang tiba-tiba mengejutkan Lim Tat.
‘’Opocot, eh, lain kali bagi salam dulu! Terkejut aku.Nasib baik tak ada lemah jantung.Kalau tak, dah lama pergi dah. Apa yang kau merepek ni, hadiah apa ni.’’ balas Lim Tat.‘’
 ‘’Nak bagi salam apa nya. Kau tu Cina lah. Kau ingat tak yang kau masuk pertandingan penulisan cerpen anak muda tu. Tengok ni’’ kata Zainab sambil menghulurkan akhbar kepada Lim Tat.
‘’ Eh.Aku tak percayalah. Betul ke aku ni. Iyalah.Betullah, nama aku ni. ‘Indahnya Bahasa Melayu’, ini karya aku ni. Aku menang. Aku menang Nab.. Aku pemenangya. ’’ Lim Tat berteriak keterujaan.
‘’ Cepatlah buka hadiah pemberian aku tu. Nak tahu kau suka ke tak’’ sengih Zainab.
Lim Tat cepat-cepat membuka hadiah pemberian Zainab.Terbeliak mata Lim Tat bila membuka hadiah itu ‘Bahasa Melayu untuk Semua Bangsa’ karya Aminuddin Mamat.Sebuah buku idamannya kini dalam genggaman.
‘’Terima kasih Nab.Kau lah sahabat terbaik aku, aku sayang kau’’ ucap Lim Tat.
Tahun demi tahun berlalu.Zainab kini seorang anak dara yang manis dan sedap mata memandang.Lim Tat pula pemuda kampung yang sasa tetapi hanya bekerja sebagai penghantar getah ke kilang menggantikan mendiang ‘apaknya’ gara-gara tidak mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Di samping itu, Lim Tat juga menjadi guru bahasa Melayu sukarela di kampungnya. Baginya, penyampaian untuk anak-anak muda memahami bahasa Melayu adalah  amat penting. Pun begitu, hubungannya dengan Zainab tetap akrab. Zainab juga selalu membantunya mengajar anak-anak kampong.
Rahim.Jejaka tampan di kampung itu merupakan satu-satunya orang yang tidak menyukai peribadi Lim Tat.Perasaan cemburunya terhadap keakraban Lim Tat dengan Zainab membuatkan dia menganggap Lim Tat ialah musuhnya. Baginya, Lim Tat ialah seorang anak yatim piatu yang tidak akan berjaya.
Sifat cemburu yang kuat membuatkan Rahim nekad ingin membuat sesuatu agar Lim Tat dan Zainab berpecah belah.
Suatu malam, Rahim mengupah kawan-kawannya untuk memecah masuk kedai runcit milik Pak Hassan.Kelicikan Rahim untuk menuduh Lim Tat membuahkan hasil.Rahim mengarahkan anak buahnya mengambil barang yang dirompak dan diletakkan dalam rumah Lim Tat.
Lim Tat dihalau kampung tanpa sempat membela diri.
Dia membawa diri ke ibu kota. Perjalanan Lim Tat tidak terhenti di situ.Berbekalkan azam yang kuat. Dia cuba mencari kerja. Dia bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat percetakan akhbar di ibu kota.
Suatu hari, kekurangan kakitangan kerja membuatkan pengurus syarikat itu membuka peluang kepada anak syarikat untuk menulis dalam ruangan artikel berkaitan Bahasa Melayu.Lim Tat mencuba nasib.Buku hadiah pemberian Zainab selalu dibawanya kemana-mana.Buku itulah yang menjadi teman rujukannya.
Nasib menyebelahinya.Pengurus begitu tertarik dan kagum dengan hujah-hujah dan susunan ayat olehnya.Pengurus berjumpa dengannya.Alangkah terkejutnya Lim Tat tatkala pertemuan itu terjadi.Aminuddin Mamat penulis idolanya merupakan pengurus di tempat itu.Mereka bekerjasama.Encik Aminuddin menerimanya dengan tangan terbuka.
‘’Saya kagum dengan hasil kerja kamu.Saya tak sangka yang pemuda berbangsa Cina seperti kamu boleh menghasilkan karya seperti ini.Saya ingatkan kamu Melayu, ditambah pula dengan bahasa kamu yang langsung tidak kedengaran pelat Cina.’’ Encik Aminuddin memulakan bicara.
‘’ Saya seorang pencinta bahasa encik.Dari kecil saya dah belajar bahasa Melayu dengan mendalam.Saya juga tahu menulis dalam bahasa jawi.’’balas Lim Tat.
‘’Kamu bakal menyambung warisan saya. Kamu tentu akan berjaya dengan apa yang kamu miliki. Martabatkan bahasa Melayu juga boleh membantu kamu.Peluang kamu cerah sangat.Saya doakan kamu berjaya. Saya akan bantu kamu.’’
‘’Terima kasih encik.Encik merupakan idola saya. Saya akan berusaha memartabatkan bahasa yang indah ini’’.
Lim Tat dinaikkan pangkat.
Lim Tat nekad untuk pulang ke kampung.Kerinduannya terhadap kampung halaman dan Zainab tidak dapat dibendung lagi.
Kepulangan Lim Tat dengan kereta mewah membuatkan penduduk kampung terlopong.
Lim Tat menghentikan keretanya di halaman rumah Zainab.Zainab, terkejut dengan kehadiran jejaka yang telah menempah tempat di hatinya itu.Berbaju Melayu dan bersongkok.
‘’Assalamualaikum’’.
‘’Waalaikummussalam.’’Balas Zainab dengan nada tekejut.
‘’ Masih ingat aku lagi tak?’’
‘’ Aku ingat.Tapi…….’’
‘’ Ye.Aku dah memeluk Islam setahun lalu.Nama aku sekarang ialah Abdullah Lim Tat bin Abdullah.’’
‘’ Alhamdulillah.’’Balas Zainab.
‘’Maafkan pakcik nak.Maafkan pakcik kerana sudah silap sangka dan menghalau kau dari kampung ini tanpa usul periksa.Si bedebah Rahim tu dah ditangkap polis.’’ jampuk Pak Hassan seraya mendekati dan terus memeluk Abdullah Lim.
‘’Tak apalah pakcik.Saya dah lama maafkan pakcik.’’…………………….
‘’ Aku terima nikahnya Zainab binti Hassan dengan mas kahwinnya dua puluh ringgit tunai’’.
Kini, Zainab dan Abdullah Lim sepasang suami isteri yang sah.
‘’Tahukah awak yang awaklah yang telah menghidupkan saya setelah saya kehilangan ibu bapa saya.Awaklah yang telah menjadi dorongan untuk saya tidak kenal erti putus asa.Disebabkan awak lah yang banyak mengajar dan membantu saya, saya berjaya mengharungi hidup ini.Awaklah guru bahasa terbaik saya.Dan saya juga masih menyimpan buku pemberian awak ‘Bahasa Melayu untuk Semua Bangsa’. ’’
‘’ Saya hanya mahu semua orang fasih berbahasa dan tahu menghargai bahasa Melayu.Tak sia-sia saya paksa awak belajar bahasa Melayu dengan rajin.Terima kasih kerana menghargai pemberian saya.’’ balas Zainab kepada suaminya sambil gelak.
Abdullah Lim menjadi seorang pakar bahasa dan juga pengkaji sastera.Bahkan, dia juga dinobatkan sebagai sasterawan negara.Usahanya untuk belajar dan mengembangkan bahasa Melayu di mata dunia membuahkan hasil.
Kini dia berdiri di hadapan ribuan pencinta bahasa Melayu di majlis pentauliahan Anugerah Tokoh Bahasa Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
‘’Abang, jom balik.Majlis dah selesai ni.’’ sapaan Zainab mengejutkan Abdullah Lim.
‘’Eh, jomlah.Tak perasan pula.’’Balas Abdullah Lim.
Abdullah Lim melangkah meninggalkan dewan sambil berkata dalam hati ‘Bahasa Melayu ialah Jiwaku’. Dia berharap agar generasi akan datang menggunakan bahasa Melayu sebaiknya.


Facebook