Thursday, March 31, 2011

.......MARLISA .....



BAB 1

Tanggal 31 Mei lahirlah seorang puteri perempuan yang diberi nama Marlisa oleh bapanya yang bernama Khalid dan ibunya bernama Suri. Khalid begitu gembira kerana dia sudah bergelar seorang bapa sekarang kerana dia sudah lama menuggu saat kelahiran anak perempuannya itu. Khalid berasal daripada keluarga kaya dan Suri hanyalah pembantu rumahnya pada masa lalu,akibat terpikat dengan kecantikkan Suri,Khalid telah memohon restu daripada ibu dan ayahnya untuk berkhawin dengan Suri,tetapi dihalang oleh ibunya atas desakkan nya ibunya terpaksa menerima menantunya juga.
Setelah suri melahirkan anaknya dia berehat dalam beberapa hari sahaja dan dia banyak berpatang,selepas beberapa hari kemudian dia sudah boleh pulang kerumahnya bersama dengan anak dan suami tercintanya itu. Suaminya banyak menjaganya di hospital ketika dia terlantar di hospital. Ibunya iaitu Datin Rosnah,begitu gembira sekali apabila melihat cucunya yang comel itu. Tetapi hakikatnya dia begitu benci dengan menantunya serta cucunya itu,kerana merekalah dia malu bersemuka dengan rakan-rakannya yang lain.akibat daripada situ dia telah merancang satu rancangan untuk menghalau suri daripada rrumahnya itu bersama dengan cucunya sekali. Datin Rosnah telah mengupah seorang lelaki untuk mengacau Suri ketika masuk stor pada hari esok. Pada keesokkannya Datin Rosnah menyuruh Suri pergi ke stor,”Suri sayang tolong ambil pasu bunga kosong bagi kat mami,nie mami nak tanam bunga di halaman rumah kita”. Suri pun pergi ke stor dan mengambil pasu tersebut ketika dia ingin keluar,dia telah diterkam seorang lelaki yang tidak berbaju hanya berseluar pendek sahaja,Suri terus menjerit,kedengaran suri menjerit dia meluru kearah Suri dia terkejut dengan perbuatan suri padahal itu salah satu rancangannya untuk memerangkap Suri. Ketika itulah Rosnah terus memanggil anaknya turun untuk melihat apa yang telah berlaku. Khalid pun turun melihat apa yang telah berlaku,lalu ibunya terus memberitahu apa yang telah dilakukan suri tadi,belum sempat suri memberitahu hal sebenar dia terus ditampar oleh suaminya tanpa belas kasihan oleh suaminya sehingga menyebabkan bibirnya berdarah,Suri terus menangis. Khalid pun terus pergi dari situ kerana geram dengan sikap isterinya yang curang itu,padahal dia tidak tahu perkara sebenar yang berlaku sebentar tadi. Datin rosnah pun memanggil 2 pengawal rumahnya untuk menghalau suri,suri telah ditarik dengan kasar oleh 2 orang pengawal tadi,ketika dia melangkah keluar suri telah dipanggil oleh ibunya untuk mengambil marlisa sekali,”suri tunggu ambil anak kau sekali benci aku tengok dia entah-entah siapa la bapaknya dasar perempuan sial,boleh bawa bala jer dekat keluarga aku”. Suri pun terus berlalu pergi dengan linangan air matanya yang masih mengalir di pipi. Suri telah berjanji pada dirinya bahawasanya dia tidak akan kembali pada rumah mewah itu lagi. Pada petang itu suri telah menempah tiket balik ke kampong halamannya iaitu johor bharu dan ingin meninggalkan Bandar kuala lumpur ini yang telah banyak memberinya kenangan indah dan suka dukanya itu
          Khalid begitu marah sekali lalu dia terus mengurung dirinya di dalam bilik sahaja,pada malam itu dia tak melelapkan matanya kerana masih terbayang hal pagi tadi,dia pun terus keluar bilik untuk minum air sejuk di dapur ketika dia melanggkah keluar dia terdengar perbualan telefon ibunya dengan seseorang,dia pun pergi menghendap ibunya untuk mendengar apa yang dibual ibunya pada tengah malam ini.ketika dia mendengar perbualan ibunya dia begitu terkejut sekali kerana apa yang dibual ibunya tentang rancangan yang dirancang ibunya pada pagi tadi. Lalu dia pun merempuh pintu bilik ibunya tanpa disedari ibunya dalam keadaan yang amat marah sekali. Dia pun memarahi ibunya”mami kenapa mami buat macam nie,apa salah isteri saya disebabkan mamilah saya menampar isterinya,kenapa mami”. Khalid terus menangis apa yang telah dilakukan olehnya pada pagi tadi diatas kesalah yang dilakukan isterinya ini disebabkan perbuatan ibunyalah dia jadi begini.lalu ibu Khalid terus sujud di kaki Khalid, dia ingin memohon maaf diatas apa yang dilakukan terhadap suri pada pagi tadi.”Khalid maafkan mak sayang,Khalid tahu mak buat semua ini untuk kebahagiaan Khalid sahaja,khalidlah satu-satunya anak mak yang disayangi tolong jangan tinggalkan mak tolong sayang”. Khalid pun terus meninggalkan perkarangan rumahnya tanpa menghiraukan perasaan ibunya yang sedang menangis itu. Ayah Khalid hanya berdiam diri sahaja apabila melihat  ibunya menangis diatas kekesalahannya yang dilakukan terhadap Suri.


BAB 2

Suri tabah menghadapi banyak cabaran hidup untuk membesarkan anaknya di rumah pusaka arwah ibu bapanya yang sudah lama meninggal dunia,dia hanya berniaga kecil-kecilan,menjaja kuih sana sini untuk menambahkan sedikit pendapatannya dan mendapatkan tempahan menjahit baju yang ditempah oleh jirannya itu.sebelum suri menjadi pembantu rumah tersebut dia sebelum ini hanya menempah tempahan jahit baju di kampongnya pada masa dulu. Selepas Khalid meninggalkan rumah tersebut dia terus mencari suri di merata tempat tetapi tidak diketemunya,dia juga sempat bertanya rakan-rakan suri kemana suri telah pergi,tetapi dia tidak dapat jawapan oleh rakan suri kerana mereka juga tidak tahu apa yang telah terjadi pada suri sekarang,akhirnya Khalid telah berputus asa untuk mencari suri lagi. Selepas itu dia pulang juga ke rumahnya itu tanpa menegur ibunya lansung.
Setelah sekian lama,akhirnya Marlisa pun membesar dengan rupa yang begitu comel sekali,dia banyak membantu ibunya untuk menjaja kuih di sekitar kampongnya itu. Marlisa tidah bersekolah kerana ibunya tidak mendapat pendapatan yang mencukupi untuk menyekolahkannya anak itu. Khalid hanya berkurung di dalam bilik sahaja tanpa makan dan minum,encik mustafar begitu risau dengan perubahan sikap Khalid itu sejak akhir-akhir ini,ketika dia sedang membaca suratkhabar dia terdengar deringan telefon rumahnya berbunyi lalu dia terus mengangkat telefon itu,rupa-rupanya panggilan itu dari anak saudaranya iaitu Julia yang berlajar di London,Julia memberitahu pakciknya bawasanya dia ingin pulang ke Malaysia melawat Khalid yang tengah kesepian. Pada keesokkannya Julia pun pulang ke Malaysia dengan menaiki AirAsia,pada petang itu dia terus pergi kerumah sepupunya itu,dia telah pun tahu hal sebenar tentang apa yang telah terjadi pada Khalid,Julia juga begitu marah dengan sikap emak saudaranya itu yang tidak berubah-ubah. Bapa Khalid memberitahu Julia yang dia sudah penat menasihati Khalid supaya tidak mudah berputus asa untuk mencari suri. Ketika itulah julia memberi cadangan kepada Khalid untuk mencari suri di kampong halamnanya di johor,Julia dapat tahu pun dari pak mat tukang kebun rumah itu pada masa dulu. Ketika itu Julia masih sekolah lagi,kerana pak mat adalah ayah kepada suri. Akhirnya Khalid tidak berputus asa lagi dia pun terus pergi ke johor bersama dengan Julia sekali, setelah sampai di sana dia terus pergi ke kampong suri.selepas dia sampai di rumah dia tidak ternampak kelibat dan hanya melihat budak perempuan yang sedang bermain itu sahaja. Ketika itulah suri pulang,suri melihat ada sebuah kereta di halaman rumahnya dia pun terus meluru melihat siapa yang datang ,dia begitu terkejut kerana orang yang dating dirumahnya itu adalah suaminya,dia cuba mengelak tetapi dihalang oleh suaminya dan terus dipeluk.bergemalah tangisan suri ketika itu kerana sudah lama tidak berjumpa dengan suaminya itu. Marlisa begitu pelik dengan keadaan ibunya itu dan siapakah lelaki yang memeluk ibunya itu. Dia terus bertanya kepada ibunya itu “ibu siapakah lelaki ini adakah dia ada perhubungan saudara dengan kita”,suri pun terus memberitahu pasal lelaki itu,”mar ini adalah ayah kandungmu nak kita,ibu tidak memberitahu kamu kerana takut kamu mencarinya di sekitar kuala lumpur itu,ibu takut kehilanganmu jadi peluklah ayahmu nak”. Marlisa terus meluru kearah ayahnya lalu memeluk ayahnya dengan erat sekali.


BAB 3

Khalid telah membawa suri pulang rumahnya tetapi suri terus menolak takut dimarahi oleh ibu mentuanya itu,masa itulah Khalid memberitahu perkara sebenar kepadanya pasal ibu mentua sudah seminggu meninggal dunia kerana penyakit barah otak. Setelah sampai di rumah tersebut suri terus memeluk bapa mentuanya yang sedang menunggu mereka pulang,bapa mentuanya juga memohon maaf diatas apa yang telah dilakukan terhadap suri pada masa lalu.
Dalam beberapa hari kemudian,Khalid telah merancang untuk bercuti di Kelantan. Dia sudah menempah tiket kapal terbang untuk kesana. Pada hari tersebut mereka begitu gembira sekali untuk bercuti di sana,mereka sudah berada di dalam kapal terbang sedang asyik bercerita tentang percutian mereka,tiba-tiba kapal terbang yang dinaiki mereka telah hilang kawalan,dan akhirnya terhempas di pulau perhentian iaitu pulau yang terletak di Terengganu. Hanya beberapa orang sahaja yang terselamat dari kejadian tersebut termasuk Khalid,Khalid mengalami kecederaan yang teruk,dia cuba mencari isterinya tetapi tidak diketemui dan akhirnya dia pengsan juga.
Di kuala lumpur ,ketika Julia leka membaca buku telefonnya berbunyi dan terus mengangkatnya dia dapat berita tersebut,dan dia terus bergegas ke kuala Terengganu untuk mengetahui hal selanjutnya tentang kemalangan tersebut yang juga berkait dengan sepupunya itu. Setelah Julia selamat sampai pada malam itu jugalah dia bergegas ke hospital untuk melihat keadaan Khalid.julia telah diberitahu pasal masalah yang dihadapi oleh Khalid,”maaf cik Julia kami dapati en.khalid akan menjadi lumpuh di bahagian kakinya sahaja,beliau juga telah kehilangan isterimya,saya minta maaf sekali lagi”.selepas dirawat akhirnya Khalid telah pun sedar.ketika dia ingin turun dia dapati kakinya tidak boleh bergerak,dia terus bertanya dengan jururawat disana macam mana boleh jadi begini,jururawat tersebut hanya berdiam diri sahaja. Julia begitu sedih mendengar keadaan sepupunya itu,”kesian Khalid dah jadi lumpuh kemudian isterinya pula meninggal,anaknya hilang pulak”.selepas Khalid berehat dalam beberapa hari dia sudah dibenarkan pulang,Julia ingin membawanya pulang ke kuala lumpur dngan menaiki kereta sahaja kerana Khalid trauma dengan menaiki kapal terbang. Ketika mereka dalam perjalanan pulang dia sempat bertanya Julia kemana isterinya pergi sebab sejak dia duduk di hospital dia tidak ternampak kelibat isterinya lagi,Julia hanya berdiam diri sahaja ,dia tidak berani memberitahu hal sebenar,tetapi diatas desakkan Khalid akhirnya dia terpaksa memberitahunya juga”lid maafkan ju kerana berahsia dengan lid,sebenarnya isteri lid sudah meninggal dunia..dan..dan anak lid masih belum ditemui oleh pihak polis,maafkan ju sekali lagi. Akhirnya mereka telah selamat sampai ke kuala lumpur,Khalid berasakan bahawa anaknya Marlisa masih lagi hidup.






BAB 4

Di persisiran pantai pulau perhentian,ada seorang lelaki tua yang bernama pak ayub sedang mengutip siput untu k dibuat lauk pada malam hari nanti.pada masa itulah dia telah terlihat satu objek yang terdampar di tepi pantai tersebut tidak jauh daripadanya itu dan dia terus meluru kearah objek tersebut yang disangkakan kayu tetapi disebaliknya adalah seorang budak perempuan yang telah pengsan. Dia pun terus mengangkat budak perempuan yang telah tercedera itu untuk dibawa pulang ke rumahnya. Dia dan isterinya iaitu mak bedah hanya mengubati cara kampong sahaja,kerana hospital terlalu jauh daripada tempat tinggal mereka tersebut. Marlisa tidak sedarkan diri,dalam beberapa hari kemudianlah dia telah menyedarkan diri,ketika itu kedua orang tua tersebut berada di sisinya. Selepas dia tersedar,mak bedah pun bertanya siapakah namanya,marlisa telah lupa siapa namanya,tinggal di mana,dia telah hilang ingatan. Ketika mereka berbual pak ayub telah terlihat sebentuk cincin yang diukir nama marlisa,lalu dia memberitahu kepada budak perempuan itu tentang nama sebenarnya. Akhirnya mereka menjaga marlisa seperti anak mereka sendiri dengan penuh kasih sayang.
Pada petang itu,mak bedah menyuruh marlisa mencari siput untuk dibuat gulai nanti sebelum mar melangkah keluar,mak bedah mengambil cincin tersebut di dalam kotak supaya tidak hilang ketika mar mengutip siput,ketika leka mengutip siput dia telah terdengar suara budak perempuan menjerit,lalu dia pun terus meluru kearah budak perempuan itu,marlisa terkejut kerana budak perempuan itu telah disepit seekor ketam ,dia pun terus menangkap ketam itu di kaki budak perempuan tersebut. Budak perempuan itu pun berhenti menangis,dia mengucap ribuan terima kasih kepada marlisa,budak itu terus menanyakan namanya”siapa nama kamu,kamu duduk dimana”. Lalu dia menjawab”nama saya marlisa,makcik saya panggil saya mar sahaja,awak nama apa pulak”. Budak perempuan itu terus menberitahu namanya,” nama aku misha,kau boleh panggil aku sha jer,aku tinggal di rumah besar depan sana tu”. Apabila mar berpaling dia terkejut giler,apabila melihat rumah sha yang begitu besar di atas bukit pulau itu. Daripada situlah mereka mula berkawan baik,apa-apa masalah mereka sentiasa berkongsi bersama. Pada keesokkannya sha telah memberitahu kepada mar untuk menghadiri majlis hari jadinya pada malam nanti,mar berjanji akan menghadiri majlis itu dengan berpakaian cantik. Selepas itu mar pun pulang ke rumahnya untuk memberitahu makciknya perihal ini,tetapi makciknya tidak membenarkannya menghadiri ke majlis tersebut,kerana mereka berlain taraf. Akhirnya mar terpaksa akur diatas arahan makciknya itu. Pada malam itu,sha telah lama menunggu mar datang tetapi                      tidak nampak langsung kelibat mar,dia begitu kecewa dengan sikap sahabat baiknya itu yang telah berjanji pada petang tadi untuk menghadiri ke majlis hari jadinya itu. Pada keesokannya mar telah keluar untuk pergi kerumah sha kerana ingin minta maaf terhadap sha kerana dia tidak menghadiri ke majlis sha pada malam tadi. Ketika dia sampai kerumah sha dia melihat banyak barang di luar rumah sha seperti ingin berpindah,pada masa itulah dia terlihat sha di depan pintu rumah sha dia terus menjerit memanggil sha,sha buat-buat tak dengar. Ketika dia berhadapan dengan sha dia pun terus memohon maaf,tetapi sha tidak mahu terima,lalu sha menolak mar jatuh sehingga menyebabkan lutut mar terluka,sha memarahi mar,”padam muka kau dasar penipu,pembohong memang layak kau terima hukuman aku,dah la miskin ada hati nak kawan dengan aku dasar budak bodoh,blah la kau dari sini sekarang,pergi…”. Akhirnya misha tinggalkan mar dengan kesedihan yang tak dapat ditahannya kerana sanggup sha menolaknya di depan orang ramai,pulanglah mar dengan airmata yang mengalir tanpa henti. Ketika dia berjalan pulang dia ternampak seekor burung kakak tua yang telah tercedera di kakinya,lalu mar pun membawanya pulang . dalam beberapa hari burung tersebut telah sembuh,mar sempat bertanya dimana tuan burung tersebut,lalu burung itu menjawab “kuak kuak aku tidak bertuan,aku cedera kerana dilastik budak nakal kat kampong sebelah,kamu tak perlu risau kuak kuak”. Akhirnya burung itu menjadi kawan baik marlisa.


BAB 5

Pada malam nanti mak bedah ingin membawa mar keluar melihat anak jirannya berkhawin,mar mengenakan baju kurung biru yang sudah lusuh,manakala mak bedah hanya pakai baju biasa sahaja,setelah mereka sampai mak bedah diajak berbual bersama rakannya,lalu dia menyuruh mar bermain di tempat lain. Ketika mar ingin ke tempat makanan dia telah ditolak oleh sekumpulan budak nakal disitu mereka memarahi mar daripada mengambil makanan tersebut kerana mereka menganggap mar seorang pengotor,mar tidak menangis dia hanya bersabar sahaja dengan kerenah mereka,dia pun terus berlalu dari situ,ketika dia berjalan melihat sana sini dia terlihat satu kumpulan penari sedang berlatih untuk membuat persembahan di depan pengantin nanti. Dia begitu seronok melihat kumpulan tersebut yang sedang berlatih ,dari jarak jauh dia cuba mengikut langkah tarian tersebut perlahan-lahan tanpa diketahui penari tersebut. Setelah beberapa tahun kemudian marlisa telah membesar dengan rupa yang begitu cantik sekali dengan rambut kerintingnya dan berbaju kurung unggu yang begitu lusuh dan warnanya nampak begitu pudar sedikit,pada petang itu mak bedah menyuruh mar meminjam sedikit beras dirumah penghulu kampong iaitu tuan haji ramli,untuk dimasak malam nanti. Selepas mar ingin pulang ke rumah dia ternampak sebuah parti di rumah besar di sebelah rumah lama misha iaitu kawan lama mar,lalu dia pun curi-curi masuk ke  dalam rumah tersebut untuk melihat apa yang sedang berlaku,adakah parti itu begitu meriah sampai ada yang menjerit-jerit. Ketika dia megitai dari celah pokok di dalam taman rumah itu dia telah ditangkap oleh pengawal di rumah tersebut,lalu pengawal tersebut ingin membawanya berjumpa dengan tuan rumah tersebut,tetapi pengawal itu tidak sempat membawa mar kerana telah disekat oleh anak tuan rumah tersebut,anak tuan rumah iaitu joe telah menyuruh pengawal itu pergi dari situ. Joe membawa mar pergi dari situ dia tidak marah kepada mar,lalu dia mengambil sedikit makanan kepada mar,dia melihat wajah mar begitu cantik sekali seperti bulan purnama yang bersinar di tasik biru,joe bersajak sedikit di dalam hatinya. Joe bertanya namanya siapa,”nama awak siapa,saya Joe,saya melihat awak dari jarak jauh sungguh cantik wajah awak seperti bulan purnama dan rambut awak yang kerinting lembut sekali apabila disentuh”. Mar pun menjawab ,”nama saya marlisa,orang kampong panggil saya mar,maaf ya sebelum nie saya tidak pernah Nampak pun awak kat kawasan nie,betul ke awak nie anak tuan rumah nie. Lalu joe pun terus menjawab”ya saya memang anak tuan rumah nie,saya tidak duduk di sini sebab selama nie saya belajar di luar Negara,ok mar awak dah boleh pulang sekarang takut nanti awak bertembung dengan ayah saya susah pulak saya. Ketika dalam perjalanan pulang mar telah berangan sedang berkhawin dengan joe jejaka hensem di pulau ini. Akhirnya dia pun sampai kerumahnya dengan muka yang ceria sekali,mak bedah berasa pelik melihat kelakuan mar,lalu dia pun bertanya”mar kenapa dengan kamu nie,makcik tengok kamu nie gembira sekali,tetapi mar tidak menjawab pun pertanyaan mak bedah,” dah gila agaknya budak nie,his malas aku nak layan perangai budak nie baik aku pergi ke dapur lagi bagus”. Pak ayub terus ketawa terbahak-bahak apabila melihat gelagat mereka itu
………………………………………………………………
Selepas bertembung dengan joe pada hari itu ,mar teringin pergi ke rumah joe sekali lagi,dia pergi bersama dengan burung kesayangannya itu Tiba-tiba…………….….
Nantikan sambungan Marlisa 2.
Facebook

No comments:

Post a Comment